Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Cari Formula Terbaik Untuk Atasi Kemelut Semasa Parti – Najib

UMNO perlu mencari formula terbaik untuk keluar daripada kemelut semasa parti, termasuk dalam isu berkaitan desakan supaya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan.

Bekas presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya penyelesaian itu juga sedang difikirkan oleh Ahmad Zahid dan dalam masa sama, pelbagai pihak juga mengutarakan pendapat mereka dalam memastikan kelangsungan UMNO.

“… apa formula dan apa caranya, bagi sedikit masa untuk semua pihak memikirkan apa jalan sebaik-baiknya. Kita belum mendapat rumusannya secara konsensus tapi dalam masa terdekat ini, kita cari satu formula untuk keluar daripada kemelut ini.

“Saya akui keadaan ini agak genting dan serius serta memerlukan satu penyelesaian yang boleh diterima oleh sebahagian besar anggota UMNO,” katanya kepada pemberita selepas beramah mesra dengan komuniti nelayan di Jeti Sungai Miang di sini, hari ini.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai desakan anggota dan pimpinan UMNO supaya Ahmad Zahid meletak jawatan, ekoran tindakan ramai wakil rakyat, pimpinan Bahagian dan anggota UMNO keluar parti.

Beliau menambah dalam keadaan ini, matlamat utama yang perlu didokong semua pemimpin dan anggota parti adalah untuk memastikan UMNO tidak terkubur dan kekal sebagai sebuah parti politik.

“Kekuatan kita masih ada… kekuatan kita dalam bentuk anggota yang hampir tiga juta orang dan 22,000 cawangan di seluruh negara. Tidak ada parti politik lain yang ada rangkaian kekuatan akar umbi seperti UMNO dan itu yang perlu kita pelihara,” katanya.

Najib dalam ucapannya juga mengingatkan anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah dan mempunyai roh perjuangan bagi membangunkan semula parti, kerana terlalu banyak jasa telah disumbangkan semasa menjadi kerajaan.

Beliau menyifatkan perjuangan itu tidak boleh dihentikan selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu kerana rakyat sudah pasti dapat membuat penilaian yang baik selepas ini.

“Kita terima kekalahan pada PRU14 tapi jangan tinggalkan perjuangan. Jangan fikir esok sudah tiada masa depan. Ini putaran roda… tidak mengapa kerana hari ini adalah hari mereka, tapi esok insyaAllah mungkin hari kita jika kita istiqamah,” katanya

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...