Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Cakap Malaysia Baru Tapi Menuju Zaman Batu… Semua Mundur Ke Belakang – Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran keadaan negara hari yang memperlihatkan mundur kebelakang termasuklah berkaitan dengan penggubalan atau pemansuhan akta.

Katanya, Malaysia hari ini, asal ada akta semua mundur ke belakang dan tidak ada yang mencadang untuk maju ke hadapan.

“Bagaimana tidak mundur… ekonomi mundur kerana menunaikan janji PRU maka GST dihapuskan diganti kembali dengan SST yang ternyata mundur lagi sedangkan hampir 200 negara di dunia ini mengamalkan sistem percukaian yang efisyen.

“Kita menuju zaman batu semula… cakap Malaysia baru sedangkan kelompangan dari pemsuhan GST melibatkan 20 bilion hilang, jadi bagaimana nak menghidupkan ekonomi negara, pelabur lari… bagaimana nak meletakkan masa depan negara jika kita mahu membubar akta yang lebih baik, bukankah mencegah lebih baik daripada mengubat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019.

Soal beliau, apakah kita ingin melihat negara ini menjadi seperti padang jarak padang tekukur, rakyat menjadi bermusuh-musuhan, provokasi meningkat, fitnah sana sini, berita palsu menular?

“Berita palsu bermakna fitnah… satu perkara yang amat luar biasa… yang boleh membunuh masa depan sesebuah negara bukan sahaja manusia. Kita kena fikir apa masalahnya sehingga akta ini mahu dihapuskan?

“Kepada mereka yang ada niat nak melakukan fitnah tentulah gementar tetapi macam saya dan rakan-rakan di sini kita tidak mengamalkan budaya fitnah jadi apa mahu takut.”

Tegasnya, hari ini sahaja dapat dilihat bagaimana provokasi melampau, penghinaan agama, penghinaan institusi di-Raja dan macam-macam berita palsu ini bertebaran di sana sini.

“Kebebasan bersuara ada hadnya… kalau bubar akta ini atas alasan untuk kebebasan bersuara untuk apa?

“Kerajaan tergesa-gesa membuat keputusan tanpa memikirkan masa depan yang kondusif kepada rakyat. RUU ini melindungi kepentingan awam dan rakyat daripada penyebaran berita palsu juga membenarkan mana-mana orang yang difitnah untuk memohon dari mahkamah menghapuskan penerbitan tersebut.

“Berita tidak benar, berita palsu ini boleh meruntuhkan satu-satu negara maka ahli-ahli Parlimen perlulah bersuara demi kepentingan rakyat, tegakkanlah kebenaran dan buanglah kebatilan, biarpun dari sebelah kerajaan tetapi janganlah bertindak mendengar saja dan menutup mulut. Kita jangan bersubahat, jangan bersekongkol dengan keadaan yang tidak dibenarkan oleh rakyat,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...