Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Cadangan Bubar Parlimen Amat Munasabah, Rakyat Mandat Terbaik Demokrasi Malaysia – Mohamad

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap cadangan UMNO/Barisan Nasional (BN) dan PAS sebagai mewakili Muafakat Nasional yang menyarankan Parlimen dibubar bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan adalah amat munasabah.

Katanya, masa depan negara dan kestabilan politiknya mesti ditentukan oleh rakyat dan bukan elit politik.

“Cadangan ini amatlah munasabah, wajar dan sangat sesuai untuk menyelesaikan kemelut politik pasca kejatuhan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan berkaitan situasi politik terkini, hari ini.

Jelasnya, kembali kepada rakyat bagi mendapatkan mandat adalah jalan terbaik untuk demokrasi Malaysia berfungsi sebaiknya.

“Semoga dilimpahkan rahmat taufik dan hidayah daripada Allah SWT buat semua demi mendapatkan keputusan terbaik buat sekalian rakyat Malaysia. Insya-Allah,” katanya lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau.

Dilaporkan, Muafakat Nasional hari ini sepakat menolak sebarang gabungan yang membabitkan Dap dan mahukan Parlimen dibubarkan.

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung UMNO pada sidang media khas di PWTC, selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Katanya, terdapat cadangan selepas terlantiknya Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk beliau membentuk apa yang disebut sebagai ‘unity government’ yang secara prinsipnya banyak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan iaitu atas dasar parti dan bukannya individu. – UMNO Online

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...