Jawapan Menteri DAP ini telah mengesahkan bahawa perjanjian tepi (side agreement) dengan China yang pernah dibongkarkan dan disebar secara meluas untuk projek ECRL adalah sahih.
Tidak cukup dengan memberi 50% kepentingan dalam syarikat operasi ECRL kepada syarikat China, kerajaan PH juga memberi SEMUA tapak-tapak disepanjang jajaran ECRL kepada negara China untuk memajukan.
Dulu, mereka tuduh saya jual negara dengan satu projek MCKIP di Kuantan (yang kini PH kata adalah sangat bagus).
Sekarang mereka memberi seluruh jajaran ECRL kepada China untuk dimajukan pula.
Rancangan BN dahulu ialah syarikat operasi ECRL adalah 100% milik Malaysia kerana sektor pengangkutan kargo ada impak kepada keselamatan negara manakala taman-taman industri di sepanjang jajaran akan dimajukan oleh kerajaan negeri masing-masing bersama syarikat MRL milik 100% kerajaan pusat.
Macam mana ini?
Nak gelar PH jual negara atau tidak?
LIHAT VIDEO:https://youtu.be/yj_G9QfTLzg