Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

BN ulangi pendirian sokong Tok Abah Kau, tolak DAP, Anwar dan Tun Mahathir

Meskipun timbul banyak khabar angin berkaitan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) menegaskan Ahli Parlimen dari parti itu tetap menyokong kepimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata BN dan Muafakat Nasional (MN) sudah memutuskan 10 dasar dan selagi ia tidak diubah, gabungan itu akan terus melaksanakannya walaupun kadangkala berdepan kesukaran.

Menurutnya, antara dasar utama parti itu ialah mengulangi komitmen bahawa BN menyertai PN secara en bloc dan mengekalkan pendirian menolak DAP, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Muafakat Nasional (MN) dan BN memutuskan menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai MN dan Bersatu bersetuju.

“Selain itu, BN, Pas dan Bersatu perlu bermuafakat bagi mengelak persaingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” tulis beliau di Facebook rasminya.

Tambahnya, ketiga-tiga parti itu juga membentuk jawatankuasa dari setiap parti untuk rundingan kerusi dan rundingan sudah pun berjalan.

“Dasar lain ialah BN bertanding atas logo sendiri, bersetuju membentuk Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dan setiausaha setiap parti diarah sentiasa berhubung dan bekerjasama antara mereka, parti komponen dan parti sahabat.

“Dasar terakhir ialah sentiasa mengadakan mesyuarat jawatankuasa khususnya dari aspek teknikal dan Annuar menegaskan, memutuskan dasar itu tidak mudah namun melaksanakannya mungkin lebih sukar,” katanya.

Sebagai SU AGONG BN DAN MN tugas saya adalah melaksanakan dasar parti dan arahan pucuk pimpinan..Setakat ini parti…

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Saturday, 10 October 2020

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...