Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Berkuburnya agenda pecah perintah DAP

KENYATAAN Lim Guan Eng terbaru yang cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam, bahawa pembentukan kerajaan baru Pakatan Nasional akan mengancam kepentingan mereka, sebenarnya menggambarkan kebimbangan beliau yang amat sangat terhadap agenda pecah perintah DAP akan berkubur.

DAP adalah parti yang tidak senang dengan persefahaman yang dibina oleh PAS, Umno dan PPBM, serta turut disokong oleh beberapa pimpinan Melayu PH yang lain, bahawa mandat yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri mesti diteruskan sehingga penggal Parlimen berakhir demi kestabilan politik negara.

DAP juga begitu selesa apabila pimpinan-pimpinan Melayu tidak dapat mencapai kata sepakat sehingga mereka tidak sehaluan semasa menghadapi PRU ke-14 yang lalu, sehingga menyebabkan DAP hari ini berjaya mendominasikan politik Malaysia melalui PH.

Selepas PH memerintah pada 9 Mei 2018, DAP mempunyai pengaruh paling besar dalam kerajaan dengan memegang Kementerian-kementerian penting, antara lain disebabkan pemimpin-pemimpin Melayu dalam PH tidak sekepala terutama ada usaha mahu Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menterinya.

Segala ‘bulan madu’ DAP selepas 9 Mei 2018 mula tergugat apabila pemimpin-pemimpin Melayu mula merapatkan kembali saf, bermula dengan Himpunan Penyatuan Ummah yang diusahakan oleh PAS, Umno dan NGOs Islam.

‘Bulan madu’ DAP mula menjadi mimpi ngeri apabila PAS dan Umno mula menginstitusi penyatuan ummah ini dengan terbentuknya Muafakat Nasional yang turut tidak mengenepikan kaum-kaum lain.

Mimpi ngeri DAP ini disusuli oleh ‘sawan babi’ yang berpanjangan apabila agenda penyatuan ummah melalui Muafakat Nasional ini menatijahkan PH kalah berturut-turut dalam siri-siri PRK bermula dari Cameron Highland sehingga ke Kimanis.

Kini semangat kebersamaan ummah mula meresap merentasi Muafakat Nasional, melembutkan hati pimpinan-pimpinan Melayu dalam PH yang semakin sedar dengan dominasi DAP lantas bertindak untuk menyelamatkan negara sebelum terlambat.

Kini DAP hanya bergantung kepada segelintir pemimpin Melayu dalam PH yang boleh mereka perkudakan, sedangkan yang lain-lainnya telah mula menyedari manipulasi dan dominasi DAP yang perlu dihentikan.

Agenda DAP untuk memomokkan permusuhan sesama pemimpin Melayu sudah mula boleh disemadikan, apabila pemimpin-pemimpin Melayu sudah boleh duduk semeja berbincang tentang kestabilan politik Malaysia tanpa mengira latar-belakang parti politik dan atas semangat BPMS.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat

10 Februari 2020
16 Jamadilakhir 1441 – HARAKAHDAILY

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...