Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

#PRKTangjungPiai: Berkerusi roda tak halang pesara polis mengundi awal

PONTIAN – Berkerusi roda tidak menghalang pesara polis, Sarjan Mejar Norsiah Abu Bakar, 62, hadir mengundi di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini pagi ini.

Merupakan anak jati Permas, di sini, Norsiah yang berkhidmat lebih 40 tahun teruja untuk hadir mengundi awal bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

“Ini merupakan kali pertama saya mengundi dalam keadaan berkerusi roda.

“Sejak kehilangan kaki akibat penyakit kencing manis baru-baru ini, saya masih bersemangat untuk hadir mengundi dan menganggap ini peluang bertemu bekas rakan-rakan sekerja yang turut mengundi,” katanya kepada media sewaktu ditemui pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di IPD Pontian pagi ini.

Seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Ridzwan Sujak, 33, yang turut hadir mengundi awal teruja kerana IPD Pontian menjadi tuan rumah kepada pusat pengundian awal sempena PRK.

Mohd Ridzwan melahirkan rasa gembira kerana berpeluang mengundi awal di tempat sendiri memandangkan kebiasaannya dia terpaksa bertugas membantu polis pada PRK kawasan lain.

Bagi seorang lagi anggota polis, Koperal Basten Ambun Philip, 31, yang bertugas di Balai Polis Pontian berkata, dia berasa seronok dapat mengundi di tempat orang.

Menurutnya, dia tiada masalah mengundi di Parlimen Tanjung Piai, meskipun berasal dari Kuching, Sarawak.

“Saya menganggap mengundi satu tanggungjawab walaupun bukan orang sini,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...