Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

BBC ‘gasak’ Mujahid di Hardtalk

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa dilaporkan “digasak” semasa rancangan Hardtalk di BBC oleh pengacara Zeinab Badawi.

Mujahid semasa menjawap soalan cuba menyampaikan hujahnya bahawa pentadbiran Pakatan Harapan menyokong Islam sebagai kuasa progresif.

Walau bagaimanapun, menteri yang bertanggungjawab terhadap porfolio agama Islam itu “digasak” apabila ditanya mengenai kenyataannya pada Mac lalu yang menyifatkan penceramah kontroversial Dr Zakir Naik sebagai satu “inspirasi”.

Mujahid juga disoal mengenai rusuhan kuil Seafield dan catatan berbaur perkauman di media sosial, layanan Putrajaya kepada komuniti kecil pengikut Syiah di negara ini serta tindakan mahkamah ke atas NGO, Sisters in Islam.

Ditanya sama ada agama menjadi halangan utama terhadap integrasi nasional, di negara ini, Mujahid tidak bersetuju dan berkata “agama harus menjadi faktor utama pertumbuhan dan kemakmuran negara.”

Zeinab kemudian memetik kenyataan tokoh akademik Lee Hwok Aun sebagai berkata bahawa rakyat Malaysia tidak mempunyai peluang untuk membangun persahabatan antara etnik kerana sekolah kurang kepelbagaian.

Dia merujuk manipulasi politik yang menyebabkan ketegangan etnik dan tidak mempunyai pengetahuan agama, khususnya di kalangan umat Islam (mengenai agama lain).

Mujahid dalam jawapannya berkata Islam sebagai agama persekutuan adalah penting tetapi mendakwa bahawa pentadbiran sebelum ini (BN) yang menyalahgunakan agama dan bangsa.

“Apabila kita berkuasa, kita menolak menjadi kerajaan yang menggunakan dan mengeksploitasi agama dan kaum untuk tujuan politik. Jadi atas sebab itu sekarang, kita mencadangkan atau cuba menganjurkan Islam sebagai agama yang progresif.

“Dan sekarang, adalah naratif baru Islam di Malaysia dengan kerajaan baru, dengan apa yang kita sebut Islam yang penuh kasih sayang, yang kita harap akan mencetuskan perpaduan negara,” katanya dan bersetuju bahawa ini agak mencabar bagi pentadbiran baru itu.

Berita penuh, klik sini
https://m.malaysiakini.com/news/499770

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...