Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Bajet 2020 Tambah Hutang, Bebankan Generasi Hadapan – Tok Mat

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan peningkatan peruntukan hampir RM20 bilion dalam Bajet 2020 menimbulkan kecurigaan rakyat mengenai kemampuan kerajaan merealisasikan pelaksanaan semua peruntukan yang diumumkan termasuk berdasarkan sumber-sumber lain, yang berkemungkinan dengan menaikkan cukai atau memperkenalkan cukai-cukai baharu.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga sudahpun menyatakan hasrat untuk menerbitkan bon samurai iaitu berhutang dengan negara Jepun lagi pada tahun hadapan.

“Penerbitan bon-bon samurai ini jika tidak diurus dengan baik akan menjadi satu beban kewangan kepada kerajaan pada masa hadapan, terutama jika Ringgit lemah dan Yen tinggi ketika tempoh matang bon.

“Dalam keadaan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), beberapa kali menyebut kerajaan berhadapan dengan beban hutang kerajaan lalu, rupanya beliau juga membuat hutang yang akan membeban generasi akan datang pula,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam mengulas belanjawan PH yang dibentangkan oleh Setiausaha Agung Dap itu juga Mohamad berkata pembentangan Bajet 2020 dengan peruntukan sebanyak RM297 bilion semalam tidak banyak berbeza dengan Bajet 2019.

“Ini merupakan peningkatan sebanyak RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion bagi 2019.

“Dalam Bajet 2019 kerajaan membuat anggaran peruntukan berdasarkan harga purata minyak mentah AS$70 setong.

“Bagaimanapun pada masa kini harga minyak mentah hanya berlegar sekitar AS$55-60 setong. Bagi Bajet 2020 ini kerajaan menganggarkan harga minyak sekitar AS$62 setong,” katanya sambil ungkapkan kata-kata ‘keep your fingers crossed Guan Eng’ (semoga ia berlaku seperti yang Guan Eng kehendaki).

Ulas Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat lagi, dalam masa yang sama Malaysia juga berhadapan kejatuhan eksport dan harga minyak sawit.

“Ini semua menjejaskan sumber pendapatan negara pada tahun 2019 dan dijangka berterusan pada 2020,” tambahnya lagi.

Mohamad juga merujuk kenyataan Berita Harian Online yang memetik laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020, bahawa Kerajaan Persekutuan dijangka membuat pinjaman kasar, pada tahun ini, sebanyak RM135.2 bilion atau 8.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Daripada jumlah itu sebanyak RM83.3 bilion digunakan untuk membayar semula hutang sedia ada, manakala bakinya untuk pembiayaan defisit sebanyak RM51.8 bilion.

“Dengan kata lain kerajaan bayar hutang sebanyak RM83.3 bilion, tetapi dalam masa yang sama, berhutang semula RM135.2 bilion.

“Jadi bagaimana kerajaan PH boleh mengurangkan hutang negara,” bidasnya.

Senario itu, kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengingatkannya kepada lagu ‘gali lubang, tutup lubang’ yang dipopularkan oleh penghibur Saleh Yaakob yang menceritakan kisah orang yang berhutang, meminjam pula dengan orang lain, untuk membayar hutang sebelumnya.

“Apa yang berlaku sekarang ialah kerajaan membuat lubang yang lebih besar, bagi menutup lubang kecil.

“Jika ini tidak diuruskan dengan betul, kita khuatir pada masa hadapan kita semua akan masuk lubang yang lobih bosar (loghat Negeri Sembilan – lebih besar) yang digali kerajaan PH,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu lagi.

Namun dalam masa yang sama, Tok Mat mengalu-alukan pemberian insentif dan bantuan kepada rakyat B40 serta insentif menggalakkan penggajian rakyat tempatan yang dirancang dalam Bajet 2020.

“Cabaran terbesar dalam sesuatu penyediaan bajet bukanlah pembentangan, tetapi pelaksanaannya.

“Harapan kita ialah, bajet ini TIDAK mengulangi pencapaian bajet tahun lalu, yang jelas TERSASAR dari matlamat,” tegasnya. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...