Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Azhan tegur penunggang motosikal ‘beruk’

Kuala Lumpur: Pelakon Azhan Rani, 46, menasihatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi supaya lebih berhemah di jalan raya selepas menjadi mangsa perlanggaran kecil, semalam.

Disebabkan perlanggaran itu, motosikal berkuasa tinggi miliknya tercalar padahal baru dibaik pulih.

Bagaimanapun, Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani bukan berkira mengenai kerosakan terbabit. Sebaliknya dia menekankan sikap penunggang sebegitu yang melulu dan boleh bahayakan nyawa orang lain.

“Kepada yang menggelupur orang pakai motosikal, kamu pun pakai motosikal, saya nak beritahu. Tak kisahlah berapa mahal, berapa kuasa enjin, berapa nipis blok, sudah pasang sayang kapal terbang, jangan bawa motosikal macam beruk.

“Kamu nak layan lajak ke lencongankah, bukan dekat jalan trafik perlahan. Kamu ‘cucuk-cucuk’ kemudian cakap kamu tak sempat brek. Kamu laju-laju pada jam begini, sudah kenapa?

“Sudahnya kamu rugi, saya yang baru beberapa hari tengok motosikal ini bernyawa pun rugi. Calar dekat motosikal bukan isunya, kamu tergolek masuk besi bagai, seumur hidup kamu akan tahu azabnya,” katanya.

Pelakon drama Nur itu berharap penunggang tidak berhemah sebegitu agar mengubah sikap dan tidak menunjuk-nunjuk hebat.

“Kepada yang baru dapat motosikal itu, tolonglah ubah perangai kamu. Pergilah main dekat litar, bukan jalan trafik perlahan. Cukup-cukuplah saya jadi mangsa orang lain,” katanya.

Azhan turut berterima kasih pada semua yang bertanya dan ambil berat mengenai keadaannya selepas insiden terbabit. Menurutnya, dia memang geram kerana sikap penunggang itu dan bukan kerugian motosikal tercalar.

“Kisahnya individu itu langgar dari belakang sewaktu sama-sama mencelah masa jalan agak sesak di Batu Caves. Motosikal saya calar sedikit saja, motosikal dia set penghadang dan lampu pecah.

“Ya, saya memang marah. Kecil atau besar kemalangan itu bukan soal dia, soalnya pasal sikap saja. Kalau tak menunjuk kamu seorang saja ada motosikal besar, insya-Allah hal ini boleh elak,” katanya.

Terdahulu, Azhan pernah terbabit kemalangan motosikal di Jalan Templer, Rawang, Selangor, sehingga mengakibatkan tulang belikat pecah, tulang bahu dan rusuk retak pada awal tahun ini.

Harian Metro

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...