Wednesday, July 28, 2021

ASET TH BERHENTI OPERASI, APA LAGI BEBAN PADA RAKYAT? – ZAHIDA

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
1,044,071
Kes keseluruhan
Updated on Jul 28, 2021 @ 08:14 08:14
170,224
Total active cases
Updated on Jul 28, 2021 @ 08:14 08:14
865,439
Sembuh keseluruhan
Updated on Jul 28, 2021 @ 08:14 08:14
8,408
Jumlah kematian
Updated on Jul 28, 2021 @ 08:14 08:14

Selepas siri penjualan aset-aset Tabung Haji oleh kerajaan Pakatan Harapan, kali ini mereka menghentikan pula operasi Hotel-hotel milik Tabung Haji di Kota Kinabalu, Penang, Kedah dan Terengganu yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2020

Pelik bin ajaib, bila ianya berlaku selepas aset-aset ini dipindah milik kepada syarikat di bawah Kementerian Kewangan. Siapa Menteri Kewangan?

Rakyat terus bertanya, adakah ini permulaan perancangan jahat Menteri PH terhadap aset-aset pemilikan orang Islam dalam negara kita?

Apakah nasib kakitangan Hotel-Hotel Tabung Haji yang majoritinya orang Islam Melayu selepas tempat mereka mencari rezeki dihentikan operasi?

Walaupun sudah hampir dua tahun PH mentadbir Putrajaya, Menteri-Menteri PH cuba menutup KEGAGALAN mereka dengan terus menyalahkan kerajaan lama mencipta propaganda dan Fitnah kononnya kerajaan terdahulu mencuri wang rakyat dan sebagainya.

Ironinya, kerajaan hari ini yang berlagak telus bersih ini semakin hari semakin rakus menggadai aset rakyat satu demi satu. Siapa pembela rakyat, siapa pencuri?

Hasil daripada ‘kecekapan pentadbiran’ kerajaan konon telus ini juga, Pendeposit Tabung Haji menikmati Hibah sebanyak 1.25% pada tahun 2018 yang tertinggi dalam sejarah tamadun manusia berbanding 6.25% pada tahun sebelumnya.

Rakyat terus bertanya dan bertanya, Apa lagi Aset-aset milik rakyat yang akan ‘dilelong’ oleh Kerajaan PH?

Apa guna Menteri yang bangga diri bila digelar ‘Menteri Haji’ tapi terus GAGAL mempertahankan kepentingan rakyat dalam institusi Kewangan Terbesar orang Islam di Malaysia?

#VoiceOfPuteri
#SelamatkanTabungHaji
#MahuJualApaLagi

Zahida Zarik Khan
18 Februari 2020

Artikel berkaitan