Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Apa perlu meja bulat jika DAP sendiri penyebar berita palsu

Datuk Dr. Puad Zakarshi mempersoalkan kesediaan Lim Kit Siang untuk menaja persidangan meja bulat bagi memerangi berita palsu dan ucapan kebencian jika pembangkang berminat untuk hadir.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga bertanya apa perlunya sidang meja bulat itu jika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah penyebar berita palsu utama di Malaysia.

Malah, DAP pula penyebar berita palsu paling tegar, dakwanya lagi,

“Apakah janji 100 hari itu bukan berita palsu?

“Guan Eng kata kerajaan BN (Barisan Nasional) curi duit GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) sebanyak RM19.4 bilion tetapi laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) membuktikan Guan Eng berbohong. Dia bukan sahaja membohongi Parlimen tetapi membohongi rakyat.

“Guan Eng juga menyebarkan berita palsu kononnya hutang negara tinggalan BN sebanyak RM1 trilion. Ternyata itu pun palsu kerana dinafikan oleh laporan Bank Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Puad lagi, Guan Eng kata Penyatuan Ummah adalah pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu manakala Nga Kor Ming mendakwa Malaysia akan jadi Taliban kerana penyatuan tersebut.

“Saya nak tanya kepada Kit Siang berapa ramai orang Cina dibunuh dalam tempoh hampir 30 tahun Pas memerintah Kelantan?,” tanyanya lagi.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu turut menempelak kenyataan Kit Siang yang mendakwa selama 52 tahun DAP berperanan untuk mewujudkan keharmonian di Malaysia.

“Apakah DAP mahu menafikan bahawa DAP terlibat kepada peristiwa hitam 13 Mei 1969 kerana ucapan kebencian mereka ketika perarakan meraikan kemenangan pilihanraya di Chow Kit Kuala Lumpur?,” soalnya lagi.

Kata Puad, Piagam Muafakat Nasional sudah memadai untuk menentang berita palsu dan kebencian.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...