Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Apa motif SPR keluar arahan kempen rumah ke rumah perlu permit?

Arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan syarat kepada calon atau parti yang berkempen dari rumah ke rumah perlu mempunyai permit ketika pilihan raya mengundang rasa tidak senang dan hairan dalam kalangan segelintir pihak.

Terbaru, Pergerakan Wanita UMNO melalui Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad melahirkan rasa dukacita selain menganggapnya keterlaluan seolah-olah ada cubaan untuk menyekat kebebasan berkempen ketika musim Pilihan Raya Kecil (PRK) di Tanjung Piai ketika.

Soal Noraini, apakah keperluan serta relevan tindakan ‘drastik’ oleh SPR secara tiba-tiba mengeluarkan arahan sedemikian  untuk mendapatkan permit Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Perlu ingat ya, ini adalah pilihan raya dan tidak sepatutnya SPR keluarkan seperti ini seakan-akan mahu menyekat kebebasan berkempen.

“Tindak tanduk ini sungguh mendukacitakan malah bukan hal seperti ini yang ‘remeh’ perlu diketengahkan oleh SPR pada masa ini, sebaliknya isu pelanggaran akta pilihan raya yang lebih serius seperti pemberian wang.

“Itu yang sepatutnya menjadi fokus anda, terang lagi bersuluh isu memberi wang ini tetapi lain yang menjadi keutamaan. Memang pelik,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Beliau mengulas arahan oleh Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun semalam menegaskan parti dan calon yang hendak berkempen dari rumah ke rumah perlu mendapat permit polis.

Peraturan ini kali pertama dikeluarkan SPR ketika tempoh kempen PRK Parlimen Tanjung Piai berbaki dua hari lagi.

SPR sebelum ini tidak pernah meletakkan syarat atau mengeluarkan arahan kepada mana-mana parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya perlu mendapatkan permit jika mahu berkempen dari rumah ke rumah.

Noraini menyoal lagi adakah momentum PRK Tanjung Piai yang lebih cenderung kepada kemenangan calon Barisan Nasional (BN) sehingga ‘memaksa’ SPR bertindak seperti ini.

“Adakah SPR terpaksa dan dipaksa untuk melakukan sesuatu bagi mengekang situasi ini? Kami dari Wanita UMNO ingin beri sedikit nasihat, tolonglah bersikap lebih telus dan belajar apakah itu maksud ‘berkecuali’,” tegasnya.

Selain daripada Noraini, bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berpendapat keputusan terbaru SPR itu dilihat sebagai bercanggah dengan prinsip kebebasan untuk calon bertemu pengundi bagi tujuan berkempen.

Wan Ahmad ketika bercakap dengan Berita Harian hari ini dilaporkan berkata, tindakan SPR ini dilihat menyusahkan calon, ejen kempen dan parti untuk bertemu dengan pengundi secara bersemuka.

Jelas beliau, dalam tempoh rasmi berkempen, SPR sepatutnya perlu memudahkan parti yang bertanding dan calon untuk berkempen serta bertemu pengundi.

“Meletakkan syarat mendapat permit polis untuk mereka berkempen bertemu pengundi di rumah adalah keterlaluan dan tidak sesuai dalam pelaksanaan proses demokrasi yang bebas serta adil.

“Ia (kempen rumah ke rumah) sudah lama menjadi budaya dalam proses politik negara sejak merdeka.

“Apatah lagi ia membabitkan pelbagai parti, calon dan kepentingan rakyat selaku pengundi yang akan menentukan wakil untuk dipilih mewakili mereka di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mengapa sekarang perlu disusahkan (kempen) selagi mereka tidak melanggar kesalahan di bawah undang-undang atau peraturan yang ditetapkan,” ujarnya

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...