Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Anwar Tolak Dengar Rintihan Rakyat Marhaen – TUNTUT

KUALA LUMPUR 12 Okt – Pengerusi Gerakan TUNTUT, A’zlan Abu Bakar merasa kesal kerana bakal Perdana Menteri Kelapan (PM8) yang digembar-gemburkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menerima sendiri dokumen memorandum daripada mereka.

Jelasnya, tujuan TUNTUT hanya mahu menyuarakan suara rakyat dan memberikan dokumen agar bakal PM8 itu memahami rintihan rakyat marhaen.

”Kami dimaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan menerima memorandum ini tapi penantian itu satu penyeksaan.

“Justeru kami mengambil keputusan untuk masuk sendiri bagi membuat penyerahan dokumen.

“TUNTUT kesal kerana ternyata ‘hero rakyat’ (Anwar Ibrahim) tidak mahu berjumpa kami walaupun hanya lima minit untuk mendengar keluhan rakyat, tidak apa, … tidak mengapa;” katanya dalam satu kenyatan media, hari ini.

Petang semalam, perarakan TUNTUT sepanjang hampir 700 meter menuju ke hadapan Parlimen Malaysia bertujuan hanya ingin menyuarakan suara rakyat melalui corong-corong pembesar suara, katanya lagi.

Tambahnya, pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak peka dan cakna mendengar keluhan rakyat yang inginkan subsidi petrol dikembalikan.

“Namun demikian, berlaku pergelutan antara kami dan pihak polis.

“Sekelip mata, kami dirempuh oleh pasukan FRU polis. Mereka menghalang kami daripada masuk.

“Apakah salah kami dilayan sebegini rupa? Soalnya.

Mengulas lanjut, A’zlan berkata selepas dirempuh, ada antara mereka yang terjatuh dan akhirnya wakil TUNTUT dibenarkan masuk untuk berjumpa dengan Anwar selepas pergelutan dengan pihak berkuasa tetapi Presiden PKR itu masih enggan menemui mereka.

“TUNTUT bukanlah peminta sedekah… kami hanya perjuangkan suara rakyat dan kerajaan tolonglah jangan bertindak zalim kepada rakyat,” tegasnya. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...