Memandangkan kemungkinan seorang timbalan perdana menteri akan dilantik daripada kalangan pemimpin Umno, maka ia terus menimbulkan spekulasi pengisi jawatan nombor dua kerajaan itu.
Salah seorang Anggota majlis Tertinggi Umno Annuar Musa secara terbuka berkata beliau tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan timbalan perdaa menteri.
Annuar mengatakan ini dalam kumpulan WhatsApp yang diberi nama “Tan Sri Annuar4TPM”.
Pihak yang menubuhkan kumpulan WhatsApp itu telah menambah penyertaan ramai tokoh politik, kakitangan media dan malahan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam kumpulan itu.
“Saya minta sekali lagi. Tolong padamkan group chat ini kerana ia perbuatan sia sia dan berdosa.
“Saya bukan orangnya dan saya tidak restuinya,” tulis Annuar sebelum bertindak keluar dari kumpulan WhatsApp itu.
Kumpulan WhatsApp itu dibuat oleh seseorang dengan nama pengendali “King Diamond” pada bulan Februari dan sejak itu mengekalkan nama kumpulan itu.
Setelah menambah ramai orang, “King Diamond” menjelaskan malam tadi bahawa tujuan kumpulan itu adalah untuk “memastikan” Annuar dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Modus operandi kumpulan WhatsApp itu mengingatkan bagaimana klip video yang melibatkan seorang menteri disebarkan pada bulan Jun, 2019 – di mana puluhan wartawan dan ahli politik tiba-tiba dimasukkan ke dalam kumpulan sembang yang sama.