Sunday, April 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Ahli Parlimen pembangkang diberi amaran tidak sertai pemberontak Umno jatuhkan kerajaan tulis portal pro PPBM

Malaysianow memetik sumber yang tidak dinamakan memburukkan UMNO dengan memberi gambaran wujuk golongan pemberontak Umno yang akan menggagalkan Belanjawan 2021.

Kerajaan Tok Abah Kau juga dibentuk antaranya oleh kumpulan pemberontak dalam PKR yang diketuai oleh Azmin Ali. Didalam PPBM sendiri lebih ramai bersarang ahli parlimen dikalang pengkhianat dan pemberontak yang melompat parti. PPBM pembela pemberontak dan pengkhinat.

Kerajaan dibawah pimpinan Tok Abah Kau sendiri di bentuk hasil pengkhiantan dalaman parti PPBM dan kerajaan ini di bentuk bukannya kerana kepentingan bangsa, agama atau untuk menolak DAP sebaliknya hanya untuk memastikan Tok Abah Kau mendapat kuasa dengan apa cara sekalipun termasuk rasuah politik atau ‘political corruption’ seperti yang disebut oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam suratnya kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat.
BACA SINI: Ku Li Akan Boikot Parlimen Pada 26 November

Ku Li Akan Boikot Parlimen Pada 26 November


===================

Ahli Parlimen pembangkang diberi amaran tidak sertai pemberontak Umno jatuhkan kerajaan tulis portal pro PPBM (MalaysiaNow)
Seorang peguam perlembagaan mencabar tanggapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan hari ini, mengatakan ia tidak semudah itu, dan realiti sebenar jelas serta “permainan angka di Parlimen masih samar-samar”.

Bercakap kepada MalaysiaNow tanpa ingin dinamakan “disebabkan apa jua pandangan berisiko dipolitikkan dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang ini”, beliau berkata bagi menentukan keyakinan terhadap perdana menteri boleh dilakukan sama ada di dalam Dewan ataupun di luar sama seperti dalam kes kerajaan Perak pada tahun 2009.

“Apa yang penting, walaupun perdana menteri hilang majoriti, ia tidak bermakna mana-mana pemimpin pembangkang mempunyai bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru”, katanya, menjelang undi penting Belanjawan 2021 hari ini yang turut dilihat sebagai undi percaya kepada kerajaan yang berusia sembilan bulan itu.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan menolak daripada menyokong Muhyiddin di Dewan Rakyat, walaupun dinamakan Yang di Pertuan Agong sebagai individu yang mendapat sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Februari lalu.

Oktober lalu, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti, tetapi gagal mengemukakan butiran dakwaannya ketika mengadap Yang di Pertuan Agong.

Pengkritik Muhyiddin mengatakan pengundian belanjawan hari ini adalah peluang untuk menggantikan kerajaan untuk kali kedua.

Tetapi menjelang pembentangan belanjawan pada 6 November lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah beberapa kali mengingatkan ahli politik untuk tidak terlibat dalam “politicking”, dan menggesa ahli Parlimen supaya bersatu menyokong Belanjawan 2021 ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen pembangkang dalam pada itu cuba untuk mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat, tetapi gagal.

Contoh terdekat usul undi tidak percaya berlaku ketika kerajaan ingin menggantikan speaker Dewan Rakyat, di mana blok kerajaan menang dengan majoriti tipis dua undi.

Sementara itu bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah menyatakan sokongan kepada Anwar dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Muhyiddin, dalam sepucuk surat yang ditulis secara bersama kepada Istana Negara menjelang pemimpin PKR itu dipanggil mengadap Agong bulan lepas.

Najib secara terbuka mengakui beliau mendesak ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan kepada Anwar, sementara Zahid mengeluarkan kenyataan memperbaharui sokongannya kepada kerajaan Perikatan Nasional walaupun tuntutan belakang tabirnya terhadap Muhyiddin sebagai timbal balas kepada sokongannya didedahkan.

“Tidak ada seorangpun pemimpin pembangkang layak untuk menjawat perdana menteri mempunyai angka yang mencukupi bagi menyokong mereka,” kata peguam perlembagaan itu kepada MalaysiaNow.

“Oleh itu ia adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab bagi pembangkang menjatuhkan kerajaan dalam satu pakatan tidak suci bersama ahli Parlimen Umno yang tidak berpuas hati, walaupun secara jelas mengetahui mereka tidak mungkin dapat membentuk kerajaan baru,” katanya.

MalaysiaNow melaporkan minggu ini beberapa siri pertemuan tidak rasmi diadakan dalam usaha meyakinkan ahli Parlimen Umno untuk mengundi menentang belanjawan.

Difahamkan Najib disertai lima ahli Parlimen Umno berusaha untuk mengagalkan belanjawan.

Dalam pada itu, menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan mereka kepada Muhyiddin.

Sementara satu kenyataan daripada Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), yang mewakili ahli Parlimen daripada semua parti menyokong Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri awal tahun lalu, turut memberi sokongan penuh kepada kerajaan.

Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun dengan jelas menyatakan semalam, beliau bersama tiga lagi ahli Parlimen Pejuang memilih untuk tidak menyokong belanjawan, manakala ahli Parlimen parti Warisan yang diketuai oleh Mohd Shafie Apdal belum mengeluarkan sebarang pendirian.

Mahathir yang merupakan pengkritik nombor satu Najib, semalam berkata beliau mengalu-alukan sebarang langkah Yang di Pertuan Agong untuk melantik seorang ahli Parlimen sebagai perdana menteri.

Tetapi peguam itu mengatakan Mahathir perlu diingatkan bahawa perbicaraan kes rasuah melibatkan Najib dan Zahid berlangsung tanpa campur tangan kerajaan Muhyiddin.

“Dalam konteks ini, sikap yang ditunjukkan Tun Mahathir menolak belanjawan agak membingungkan dan pada masa sama beliau menyokong usaha menjatuhkan kerajaan Muhyiddin bagi membolehkan pemimpin pembangkang membentuk kerajaan.

“Namun, amat jelas tidak ada seorangpun dalam kalangan mereka mempunyai angka.”

Peguam itu kemudian mempersoalkan tanggapan mengenai nasib Muhyiddin bergantung kepada undi belanjawan, dengan merujuk kepada Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu menjelaskan, jika perdana menteri hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, beliau hendaklah meletak jawatan dalam Kabinet “kecuali atas permintaannya kepada Yang di Pertuan Agong untuk membubar Parlimen”.

“Di bawah Perkara ini, perdana menteri perlu meletak jawatan sekiranya beliau hilang sokongan majoriti ahli Parlimen,” katanya.

“Namun, jika belanjawan gagal, kerana beberapa ahli Umno tiba-tiba tidak hadir untuk mengundi kerana ‘sakit’ atau dikuarantin atau alasan lain, itu tidak boleh dianggap perdana menteri hilang sokongan majoriti.

“Ketidakhadiran ahli Parlimen itu tidak dikira sebagai perdana menteri hilang sokongan. Oleh itu perdana menteri tidak perlu meletak jawatan sekiranya belanjawan tidak diluluskan atas alasan tersebut,” tambahnya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...