Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Agong kurnia sumbangan zakat, biasiswa kepada asnaf di Labuan

LABUAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di sini malam ini.

Sumbangan itu berbentuk bantuan peralatan persekolahan bagi sesi pembelajaran tahun 2020 dan bantuan am pelajaran institusi pengajian tinggi yang dikurnia Seri Paduka berdua pada Majlis Rahmah Bersama Rakyat dan Pengurniaan Bantuan Kepada Asnaf di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mengurniakan insentif khas pelajar cemerlang dan biasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan bantuan peralatan kesihatan kepada golongan asnaf.

Jumlah keseluruhan bantuan yang dikurniakan pada majlis itu ialah RM2.43 juta.

Pada majlis itu, Seri Paduka berdua berkenan menyantuni golongan asnaf dan orang ramai. Lebih 900 rakyat Labuan pelbagai agama dan bangsa, ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat menghadiri majlis itu.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Keberangkatan Seri Paduka berdua ke Labuan merupakan lawatan kerja sulung Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas. – BERNAMA

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...