Monday, May 10, 2021

80 kakitangan KKM positif Covid-19

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
440,677
Kes keseluruhan
Updated on May 10, 2021 @ 2:32 02:32
37,060
Total active cases
Updated on May 10, 2021 @ 2:32 02:32
401,934
Sembuh keseluruhan
Updated on May 10, 2021 @ 2:32 02:32
1,683
Jumlah kematian
Updated on May 10, 2021 @ 2:32 02:32

(Bernama) – Seramai 80 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, siasatan mendapati punca jangkitan yang dialami kesemua anggota kesihatan itu bukan daripada pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.

“Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti disarankan terutamanya memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarakan sosial dan memakai alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam, Dr Noor Hisham memberitahu sidang media harian mengenai Covid-19 bahawa punca jangkitan sebahagian besar anggota KKM adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri mereka yang menyertai perhimpunan tabligh.

Punca lain adalah daripada kunjungan ke luar negara dan kontak ahli keluarga yang positif Covid-19.

Seramai 80 anggota kesihatan KKM dijangkiti #COVID2019 iaitu:

1. Hosp. Teluk Intan (39)
2. Hosp. Selayang (5)
3. HRPZ ll, Kota Bahru (4)
4. Hosp. Seri Manjung (3)
5. HTJ Seremban (3)
6. Hosp Shah Alam (2)

Manakala 24 fasiliti kesihatan lain dengan masing-masing 1 kes.

Sumber KKM

Artikel berkaitan