Wednesday, July 28, 2021

62 Tahun Merdeka Masih Wujud Pihak Yang Jahil Identiti, Semangat Jalur Gemilang – Mohamad

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
1,044,071
Kes keseluruhan
Updated on Jul 28, 2021 @ 09:14 09:14
170,224
Total active cases
Updated on Jul 28, 2021 @ 09:14 09:14
865,439
Sembuh keseluruhan
Updated on Jul 28, 2021 @ 09:14 09:14
8,408
Jumlah kematian
Updated on Jul 28, 2021 @ 09:14 09:14

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Adalah sangat mengecewakan setelah lebih 62 tahun negara merdeka masih ada yang jahil mengenai identiti dan semangat sebenar di sebalik bendera Malaysia, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad juga mengingatkan bahawa bulan sabit dan bintang pada bendera Malaysia melambangkan kedudukan agama Islam di negara ini manakala 14 bucu dalam bintang mewakili 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan yang mana secara tersirat 14 bucu bintang membawa maksud kesemua negeri turut mengakui kedudukan Islam di negara ini.

Ulasnya juga, kontroversi jumlah bucu bintang dalam grafik bendera Malaysia yang dipaparkan pada skrin semasa Majlis Perasmian Kejohanan Bola Keranjang anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) ke-28 semalam menunjukkan masih ada rakyat yang tidak menghayati jati diri dan identiti negara kita.

Di samping itu, Mohamad turut mengucapkan terima kasih kepada MABA yang dengan pantas memohon maaf semalam.

“Namun MABA juga perlu sedar bahawa rakyat di negara ini mempunyai asas untuk mencurigai kejadian semalam.

“Ini kerana MABA sendiri dilihat dimonopoli oleh kaum tertentu dan tidak menghormati identiti negara ini.

“Akaun media sosial Facebook MABA hanya memaparkan bahasa Inggeris dan Mandarin. Poster kejohanan hanya membesarkan bahasa Inggeris dan Mandarin,” kesalnya.

Tambahnya lagi, dikhabarkan majlis semalam juga tidak dijalankan dalam bahasa kebangsaan walaupun ia hanyalah kejohanan tempatan untuk pemain bawah umur 15 tahun.

“Lebih memalukan permohonan maaf MABA juga hanya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

“Jadi jika MABA mahu kemaafan dari rakyat negara ini, mereka juga harus menunjukkan contoh teladan yang baik dengan menghormati bahasa kebangsaan dan Jalur Gemilang,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Artikel berkaitan