Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

10 peratus jalan raya sudah menggunakan teknologi CMB

PUTRAJAYA: Pembinaan jalan raya menggunakan teknologi Cuplump Modified Bitumen (CMB) sudah mencapai kemajuan di mana 10 peratus daripada 202 kilometer (km) jalan raya di seluruh negara dirancang mengguna pakai teknologi itu.

Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Dr Zairossani Mohd Nor, berkata pembinaan berkenaan adalah daripada peruntukan RM100 juta yang diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2019.

“Penggunaan teknologi CMB bagi jalan raya yang dikenal pasti ini sudah pada tahap 10 peratus dan akan diteruskan sehingga awal tahun depan.

Proses pembinaan jalan ini mengambil masa berikutan kesulitan untuk menentukan jalan mana yang bersesuaian untuk penggunaan teknologi terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara LGM dan Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) di sini, hari ini.

Majlis MoU itu disaksikan Menteri Industri Utama, Teresa Kok. Zairossani mewakili LGM manakala IRDA diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim.

Sementara itu Kok berkata, selain penggunaan di dalam negara, kementeriannya menerusi agensi LGM turut merancang untuk mengeksport teknologi CMB ke pasaran luar negara termasuk China tidak lama lagi.

“China mengeluarkan lebih banyak getah berbanding Malaysia, tapi bila kami melawat China pada tahun lalu, kami ada menemui pihak di Hainan, mereka agak tertarik dengan teknologi CMB kita dan turut menyatakan keinginan untuk mempelajarinya,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas MoU berkenaan, Ismail berkata kerjasama itu adalah selari dengan usaha IRDA menjadikan Iskandar Malaysia sebagai bandaraya hijau dan mapan.

“Kerjasama ini bagi mengkaji teknik pembinaan jalan inovatif dengan menggunakan getah asli, yang akan menghasilkan infrastruktur lebih baik

“Kami juga berharap kerjasama ini membantu meningkatkan penggunaan teknologi mesra alam hasil penyelidikan LGM di samping menyokong aspirasi IRDA dalam pembangunan bandar moden lagi mapan di Iskandar Malaysia,” katanya.

……………

Berita berkaitan…

Sumber
Berita Harian
11 Februari 2018

Jalan guna campuran getah asli, manfaatkan pekebun kecil

SEGAMAT: Seramai 440,000 pekebun kecil getah seluruh negara bakal mendapat manfaat daripada langkah kerajaan memperkenalkan penggunaan getah dalam pembinaan jalan di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan getah asli sebagai bahan tambahan dalam campuran asphalt (CMA) diperkenalkan untuk projek membina semula Jalan Persekutuan Yong Peng-Segamat sejauh 10 kilometer dari Desa Temu Jodoh hingga Kampung Kwong Sai, dekat sini.

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya memaklumkan yang teknologi CMA adalah antara kaedah penurapan jalan baharu yang boleh mengurangkan keretakan, aluran dan kos penyelenggaraan masa panjang yang menjimatkan.

Katanya, teknologi CMA juga satu penemuan baharu penggunaan getah untuk pembinaan jalan raya memperlihatkan usaha agensi kerajaan yang komited terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk serta teknologi baharu di negara ini demi kepentingan rakyat.

“Saya mengesyorkan supaya teknologi CMA ini diguna pakai secara meluas di seluruh negara selepas projek perintis dilaksanakan di antara Desa Temu Jodoh dan Kampung Kwong Sai di sini.

“Langkah ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada seramai 440,000 pekebun kecil getah meningkatkan pendapatan mereka. Malah Lembaga Getah Malaysia (LGM) juga sudah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kementerian Kerja Raya bagi melaksanakannya ke seluruh negara.

“Penggunaan getah asli dalam pembinaan jalan, bukan sahaja mampu meningkatkan pengeluaran getah negara, malah dapat mengurangkan stok getah semasa, seterusnya meningkatkan harga komoditi terbabit.

“Malaysia yang juga pengeluar getah asli kelima terbesar dunia, patut memanfaatkan industri getah negara, apatah lagi sebanyak 95 peratus daripada 720,000 tan getah asli yang dihasilkan di negara ini dibekalkan pekebun kecil pada 2016/2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Membina Semula Jalan Persekutuan Yong Peng-Segamat dari Desa Temu Jodoh hingga Kampung Kwong Sai di Taman Tenang Jaya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Ahmad Zahid berkata, projek Membina Semula Jalan Persekutuan FT01 Yong Peng-Segamat adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam menaik taraf jalan raya berkenaan demi keselesaan dan keselamatan pengguna dengan peruntukan sebanyak RM92.3 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11).

“Projek jalan raya yang dibina dengan piawaian R5 ini bermula pada 23 Oktober tahun lalu dan dijadual siap pada April 2020.

“Antara skop kerja projek ini ialah membaiki jalan, membina jalan tuju sepanjang satu kilometer, menggantikan tiga jambatan sedia ada, membina semula perparitan, pengalihan utiliti, pemasangan lampu jalan di tiga jambatan serta kerja tanah dan geoteknikal jalan tuju tiga jambatan,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, jaringan jalan raya di Malaysia berjumlah kira-kira 66,445 kilometer dengan 80 peratus daripadanya adalah berturap dengan kebanyakan turapan menggunakan bitumen gred asli 80/100 dan 60/70 sebagai bahan pengikat campuran asfalt.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...