Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

19 ahli Parlimen dijangkiti COVID-19, kes positif di Indonesia kini 336,716

JAKARTA — Sembilan belas ahli Parlimen Indonesia disahkan positif COVID-19, ketika republik itu hari ini mencatatkan 3,492 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut Sekretaris General Dewan Perwakilan Rakyat Indra Iskandar, seramai 42 lagi petugas di Parlimen atau Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) itu turut dijangkiti virus berkenaan.

Bercakap kepada media tempatan hari ini, Indra melahirkan kekhuatiran akan bertambahnya lagi ahli Parlimen yang positif virus berkenaan.

Kali terakhir DPR Indonesia yang dianggotai 575 ahli Parlimen itu bersidang ialah pada 5 Okt lepas ketika meluluskan Undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja yang turut menyebabkan berlakunya demonstrasi bantahan kepada kelulusan undang-undang itu dan rusuhan di kota Jakarta dan beberapa kota lain pada 8 Okt lepas.

Pada Jumaat lepas, seorang ahli Parlimen dari Parti Gerindra, Soepriyatno meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dalam laman Twitter rasminya @BNPB_Indonesia hari ini, kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 336,716 kes, manakala jumlah kematian keseluruhan sebanyak 11,935 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah kes positif keseluruhan tertinggi di republik berkenaan iaitu 88,174 iaitu tambahan 1,211 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.

Namun, provinsi Jakarta dibenar kembali laksana fasa transisi (pemulihan) Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu mulai hari ini, yang antaranya membenarkan kembali beberapa aktiviti sosioekonomi.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan dalam satu kenyataan menyatakan PSBB akan kembali dikuatkuasakan sekiranya kes positif harian kembali meningkat mendadak, terutamanya kebimbangan terhadap berlakunya kluster baharu berkaitan demonstrasi di ibu kota Jakarta baru-baru ini.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...