Thursday, April 15, 2021

150 terkandas di Bukit Bendera

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
365,829
Kes keseluruhan
Updated on Apr 15, 2021 @ 3:23 03:23
16,696
Total active cases
Updated on Apr 15, 2021 @ 3:23 03:23
347,780
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 15, 2021 @ 3:23 03:23
1,353
Jumlah kematian
Updated on Apr 15, 2021 @ 3:23 03:23

GEORGETOWN: Seramai 150 pengunjung Bukit Bendera termasuk warga emas dan kanak-kanak terkandas di Stesen Tengah pusat peranginan itu akibat kegagalan operasi kereta kabel di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.26 malam sebelum sepasukan anggota penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, sehingga kini usaha membawa turun mangsa terkandas sedang dilakukan dan semua mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Bukit Bendera, termasuk tarikan terbaru The Habitat.

Pasangan diraja itu menaiki funikular ke stesen atas puncak Bukit Bendera pada jam 4.30 petang diiringi Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan isteri, Tan Lean Kee serta Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Cheok Lay Leng.

Rombongan baginda selamat turun dari puncak Bukit Bendera kira-kira jam 7 petang tadi.

Berita Harian
22 Disember 2019

Artikel berkaitan